hari ni bertarikh 10 feb 2013 hari ahd aku dapat bertemu kembali dengan roommate merangkap sahabat di sekolah ttj.. happy sangat, setelah sekian lama tidak berjumpa... alhamdulillah walaupun banyak dugaan hari ni tapi aku bersyukur sangat dapat berjumpa dengan mereka.. di waktu inilah aku amat rindukan zaman persekolahan yang telah sekian lama aku tinggalkan iaitu hampir 3 tahun lamanya.. walaupun zaman persekolahan telah lama ditinggalkan tetapi memori sepanjang persekolahan tidak pernah aku lupakan.. sekolah lah tempat aku belajar erti persahabatan, tempat aku menimba ilmu, tempat aku mengenal erti dunia dan sekolah lah juga mengajar aku banyak tentang kehidupan.. bermula dari sekolah juga lah aku membentuk diri menjadi seorang manusia yang berguna.. alhamdulillah walaupun kini aku telah melanjutkan pelajaran ke ipta tetapi aku tidak pernah lupakan sekolah, guru-guru serta sahabat aku yang telah banyak memberikan semangat serta dorongan untuk aku terus berjaya sehingga kini.. masa semalam banyak mengajarku, masa kini membuatkan aku terus semangat mengejar cita-citaku yang telah aku perjuangkan dulu, masa hadapan belum pasti adakah kejayaan yang menunggu?? apapun aku sentiasa berfikiran positif bahawa setiap usaha yang kita lakukan serta tawakal kepada Allah insyaallah kejayaan bukanlah suatu yang mustahil buat kita.. semoga kita akan terus berusaha untuk terus mendapat keredhaan hidup daripadaNya..insyallah..
gambar yang sempat kami ambil di the mines tadi :) ukhwah persahabatan kita selamanya...
sayang korang semua mija,azie dan shiro.
sahabat selamanya :)
No comments:
Post a Comment